
Laman Web Al Baghdadi Playtime Centre Bandar Penggaram

Kini Dibuka di Bandar Penggaram (Batu Pahat)

Fasiliti yang selesa dan seronok untuk pembelajaran anak-anak

Laman Web Al Baghdadi Playtime Centre Bandar Penggaram

Latar Belakang



Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Al Baghdadi Method Sdn Bhd yang diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin Haji Hasanuddin Al Baghdadi telah mempunyai 545 pusat pembelajaran al-Quran Teknik Al Baghdadi atau Al Baghdadi Learning Centre (ALC) diseluruh Malaysia dan menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records bagi ketegori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia dalam tempoh 19 bulan.
Wujud keperluan, Al Baghdadi memperkenalkan Pusat Perkembangan Potensi Kanak-Kanak al-Quran pertama di Malaysia yang berkonsepkan al-Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai asas pembelajaran di pusat tersebut yang dikenali sebagai Al Baghdadi Playtime Centre (APC). Kini APC mempunyai 29 Rangkaian APC di seluruh Malaysia.

Penubuhan APC Bandar Penggaram / ALC Bandar Bt Pahat
APC Bandar Penggaram & ALC Bandar Batu Pahat merupakan sebuah rangkaian APC dan ALC berlesen dari Kumpulan Al Baghdadi.
APC Bandar Penggaram yang sebelum ini beroperasi atas nama ALC Bandar Batu Pahat ditubuhkan pada Oktober 2013 dibawah pengurusan ALC Ar Raudah Ent. beroperasi di No.31, Jalan Bintang 12, Taman Koperasi Bahagia. Bermula dengan program Bengkel Al-Quran Cuti Sekolah (BQCS) dan Kem Smart Solat & Al-Quran dengan kerjasama ATC (Al Baghdadi Training Centre) Negeri Johor pada Disember 2013, sambutan yang diterima adalah menggalakkan.
Susulan Maklumbalas positif yang diterima, APC Bandar Penggaram ditubuhkan pada Disember 2013 di bawah pengurusan SYZLI Ent agar skop pengajaran dan silibus lebih meluas. Kini APC & ALC dibawah satu bumbung berpindah ke ruang pejabat yang lebih besar dan selesa untuk meneruskan perjuangan dalam memberikan perkhidmatan pendidikan anak-anak Islam.


Fasiliti
Ruang kedai (End Lot) berukuran 22'x75' yang telah diubah suai menyediakan tiga (3) kelas pembelajaran anak-anak, ruang makan, sudut bacaan dan ruang permainan. Kelengkapan Penyaman Udara memberi keselesaan kepada anak-anak selain ruang yang ceria memberi keseronokkan selain konsep belajar sambil bermain membuatkan anak-anak tidak bosan dan suka belajar.










Teras Pembelajaran
Matlamat APC bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) secara menyeluruh dan bersepadu dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Oleh itu, penyusunan kurikulum yang komprehensif dan holistik dilaksanakan seperti berikut:

Testimonial
“Selepas BQCS, Anak-anak saya tidak sabar untuk datang semula ke Kelas Al Baghdadi. Bila lagi ustaz nak buat kelas Al Baghdadi? Diorang (anak-anak) seronok belajar mengaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi”
Puan Kartini (Ibu kpd Balqis & Aliyah)
Tong Kang Pechah
“Maisarah suka bermain & mengaji sendiri di rumah dengan alat ketuk. Dia pun sekarang semakin boleh mengaji al-Quran sendiri walaupun perlahan”
Puan Azliana (Ibu kpd Maisarah)
Parit Raja
Teknik Al Baghadi di Astro Oasis
